DEFY BATU PAHAT!



REPORT (in Malay)

Yang terakhir untuk siri tour semenanjung ini.
Kalau dalam Star World ataupun AXN ia dipanggil, Season Finale.

Terima kasih kepada Uda and the rest of The Wall shitworkers. Terima kasih kepada band yang sanggup datang dari jauh seperti Compulsion to Kill, Psychotic Sufferance, Alchemy of Sickness, Unveiled dan Rigore. Terima kasih untuk sesiapa yang sudi hadir. Jumlah kutipan untuk tabung kemanusiaan adalah RM200 walaupun kehadiran penonton tidaklah ramai. Uda mengorbankan separuh daripada hasil kutipan tiket walaupun telah diberitahu tidak perlu namun dia masih berdegil. Betapa mulianya hati Uda membuatkan Teong terharu dan menangis teresak-esak. Tapi itu cerita lain.

Jadi jumlah kutipan total ialah RM1230. Memang banyak.
Tapi bukan ini sahaja semata-mata yang mereka mahu. 

Kalau kita fikirkan semula, kos pengangkutan dan makan minum, etc mereka tampung sendiri. 6 shows. Dari utara, pantai timur, selatan dan lembah kelang. Belum cerita tentang penat lelah, kos tol dan minyak pun belum tentu dapat cover semua ini.

Mereka cuma mahu berkongsi dengan kamu semua.
Yang semua halangan adalah tidak mustahil untuk dinafikan. 

Jika mereka boleh lakukannya; kita, mengapa tidak?
(termasuklah aku sendiri yang masih belum ada passport - tapi itu cerita lain)

Betapa ajaibnya Punk rock, kita bukanlah bersendirian.

Kalau kita nak fikirkan secara individual pula, Teong akan meninggalkan isteri yang sedang sarat mengandung. Emi pula mungkin kehilangan pekerjaan tatkala pulang dari tour kelak. Dan tak usah ceritakan tentang Ian yang hanya menampung hidup dengan hanya part time job.

Persoalannya, kenapa nak pergi jugak?

DEFY.
Awal-awal lagi mereka dah jawab.

Kita kadang-kadang nak pergi gig pun tak berani bila bos tak bagi cuti. Ataupun makwe tak kasi sebab ajak pergi tengok wayang ada cerita lakonan Aaron Aziz. Selamat. Tiada risiko.

Tapi kita terlupa, dengan tanpa risiko tak ada apa pun yang boleh kita banggakan dengan kehidupan kita yang pendek ini nanti. Tak ada apa untuk diceritakan.

Mereka, sekurang-kurangnya dah pergi tour Europe.

Dan dengan tamatnya tour ini juga, tanggungjawab aku selesai. Aku letak jawatan dan akan sertai PKR. (ok, aku gurau). Tapi jika ada sebarang pertanyaan atau kekeliruan mengenai pre-Tour ini sila hubungi aku untuk penjelasan. Mulai minggu hadapan Giafranco Coppa (Agipunk) akan mengambil alih untuk tour yang sebenar-benarnya. Dengar khabar beliau seorang yang garang dan kurang gemar bergurau. 

Seterusnya, Isnin minggu hadapan.
Europe here they come!!


DEFY KUALA LUMPUR!


REPORT (in Malay)


Days of Defiance, part II.
Dipersembahkan secara kolektif oleh Shock & Awe! Media, Ricecooker dan Rumah Api.
Bertempat di Blackbox MAP, Solaris Dutamas dengan harga tiket RM15.

Betul. Ini bukan gurauan.

Dan band yang akan beraksi pada hari itu ialah Infectious Maggots, Crimescene, Last Minute, Carburetor Dung, AtomicDeath diselang-seli oleh persembahan MC terkemuka, Jek Bleck. 

Selain itu ada juga pameran yang disertai artis-artis independen yang cool seperti Freewheelin' Man, T.J. Rameli a.k.a Kepokboi (paling terkenal), Shieko Reto, Chem, Projek Kojek, Ady Shutterscream, Man Beranak dan Choi Brrssher Rehssrrb Ssrrbhe.

Dan juga tidak ketinggalan juga flea/swap market untuk punk/hardcore records, fanzine, t-shirt, buku, dvd, kuih hiro dan air mineral.

Kalah Pekan Rabu gua cakap lu.

Bertempat di Publika, Solaris Dutamas tau.
Tempat yang tidak punk langsung, tetapi dengan harga tiket punk; RM15.

Menarik kan?
Kerana semua yang terlibat masih percaya yang hardcore punk;
memang bukan sekadar jual beli, brader.

Untuk show kali ini, tabung kemanusiaan berjaya mendapat RM500 sekaligus menjadikan semua jumlah terkumpul RM1030. Memang nampak seakan banyak, namun harus diingatkan bahawa di France tidak ada karipap RM2 dapat 5. Jadinya mungkin sekali sekala mereka dapat makan makanan yang lebih berkhasiat selain Maggi. 

Dan untuk merumuskan yang syok tak syok show ni, pertama kali seumur hidup Tools of the Trade main last song 2 kali. Pelik tapi benar. 
Bak kata MC, last song second.

Jadi kita nak ucapkan banyak terima kasih kepada mereka yang terlibat; Kerbau untuk penjagaan soundsystem yang mantap (Tom, Manan, Bullet, Joe Kidd, Alak, Fendi), Curator dan buruh kasar yang diimport dari Singapura (Vanessa dan Hafiz Bastard), Kekasih Jek Bleck dan mereka-mereka yang membantu mengemas ruang pameran, artis-artis dan peserta yang terlibat dan semua yang hadir. Tanpa RM15 korang, Tools of The Trade akan belajar berpuasa sebulan di rantau orang dan susut berat badan.

Seterusnya, Batu Pahat. Ahad 2 minggu dari sekarang.
Penutup untuk tour trilogy ini. Kita balik kampung!!
Hello The Wall!!


DEFY SUNGAI PETANI !


REPORT (in Malay)

Episode 4: Sungai Petani

Siri keempat siri tour Menafikan Semenanjung 2012 Tools of the Trade.

Tapi aku tak dapat menafikan utara. Maafkan aku.
Aku tewas (atau lebih jelas, tak ada duit)

Tapi aku dah menyesal. Lain kali aku tak akan ulangi lagi.
Kerana mengikut perkhabaran mereka, Sungai Petani begitu solid, rupa-rupanya. Nampaknya percaturan matematik mereka lebih dahsyat dari apa yang boleh kira bayangkan. Bayangkan dengan harga tiket RM5 (percuma zine), tabung kemanusiaan Tools of Trade mendapat RM200. 

Jadi jumlah keseluruhan setakat ini ialah RM530. 
133.058 EUR mengikut xe.com. Kira OK lah tu. Cukup untuk beli Maggi di France.

Jadi seperti kebiasaan ritual: kita akan tabur ancak kepada Nincompoops Kids, Iedan dan Poit (ketua penganjur), Angkara, Ghosak dan Perek Kasi Gerek. Punk-punk dari utara yang rajin dan tabah ini memang ternyata berhak untuk segala sokongan dari kita, sepertimana mereka memberi sokongan kepada punk-punk yang lain; show ini sebagai contohnya.

Sedar tak sedar sudah hampir ke penghujung upacara keliling menafikan semenanjung ini. Banyak cerita suka duka tapi, kita sendiri dapat lihat bagaimana kehebatan budaya DIY untuk buktikan yang kita;- tidak akan pernah bersendirian.

Tabik hormat, Kratom City HardCore.

Seterusnya, Kuala Lumpur. Sabtu minggu ini.
Hallo ApiXShockingXRicecooker!!


DEFY TAMPIN!


REPORT (in Malay)

Tampin di Syurga Ketujuh. 
Dan di bawakan oleh Rekod Label Tangan ke Syurga.

Kenapa semuanya berkisarkan syurga?
OK, itu cerita lain.

Tapi sabtu lepas di Tampin, rasanya seperti syurga.Atau sekurang-kurangnya untuk siri tour kami.

Mana tidaknya, selain dapat menyaksikan persembahan Usop (permata Tampin), kami dapat mengumpulkan RM135 kali ini menjadikan jumlah terkumpul dalam tabung yayasan kami setakat ini RM330. Malahan cenderamata (hihi) CD/Kaset/T-Shirt juga berjualan lancar walaupun pada hari yang sama ada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya. Walaupun show bermula agak lambat, tapi pengakhirannya masih tetap berjalan lancar. 

Dan tiada seorang pun yang cedera dalam acara ini.

Jadi, kami kamu ucapkan tahniah kepada muda-mudi Tampin yang ada pada hari sabtu lepas kerana tidak tertipu dengan Najib Razak. Ucapan sekalung penghargaan kepada bos Hands to Heaven, saudara Usop atas pengorbanan yang telah dilakukan dan segala susah payah. Kepada band-band yang terlibat, Yumi dari Kota Singa, Virginia on Duty yang solid, Osman Tikos yang serius, ANTI yang garang, Last Minute yang err..ucop!, Skunxfix yang cergas dan Home Run yang bersemangat. Timo kasih la yo den ucapkan. Ado maso datanglah Pulau Sebang.

Oh boss Verructer pun ada sekali. Hai boss (tenggiling)!

Dengar khabarnya Hands to Heaven akan menganjurkan acara show kedatangan ENSLAVE dari Jepun nanti. Dan disini juga jelas, tak perlu lagi kita nyatakan mengapa Ucop! Ucop! layak mendapat sokongan kita.

Seterusnya, Sungai Petani. 
Ahad minggu hadapan. Hello Kratom City HardCore!!

DEFY SHAH ALAM!


Starring: Soul Savior, Hatred Division, Reset to Zilch, Diam M For Murder
& Compulsion To Kill. 20 May 2012
@Echo Studio, Shah Alam SELANGOR
(Producer: VERRUCTER!)

REPORT (in Malay)


Shah Alam aka Sauna Yang Fana (bukan gurauan).
Siri kedua siri tour semenanjung kami.

Cut short (OK sebab aku sedikit keterlewatan kerana kesesakan lalulintas), aku pun tak sangka show di Shah Alam agak ramai dan mendapat sambutan walaupun banyak acara berlangsung pada tarikh yang sama. Jadi, cara bagaimana mereka membuat promosi masih lagi menjadi misteri. Dan show ini juga berlangsung dengan agak heart-warming dimana wakil Verructer! (bukan tenggiling) sendiri ada memberi ucapan sebelum bermulanya set Tools of the Trade. Poster juga kali ini berjaya disebarkan kepada umum, sebagai tanda cenderahati atas sokongan semua (macam pilihanraya).

Dan daripada show hari ini, kami dapat mengumpul RM95, jumlah yang sangat menakjubkan jika kita ingin membuat kira-kira kerana tiket masuk hanyalah RM5.

Efisyen mengalahkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Jadi total duit tabung kita kini adalah RM195.

Dan macam biasa kita nak memberi ucapan terima kasih kepada geng-geng kebal Dial M for Murder, Reset to Zilch, Hatred Division, Sosobeer aka Soul Savior dan Compulsion to Kill.

Rasanya tak perlu aku tuliskan panjang lebar bagaimana kecekapan Nik Ezani dan Verructer! (Geng Tenggiling) syndicalist. Touring band, promoter, booker ambil perhatian. Ini adalah testimonial aku. Kalau Khalid Samad pun mungkin tak berani untuk anjurkan show hardcore punk di Shah Alam, Nik Ezani dan konco-konconya tanpa segan silu bantai redah.

NOW, WHO'S THE ONE THAT FUCKING RULES?
Demo kemah keming, ambo tabik getar! Nik for president!!

Seterusnya, Tampin.
Sabtu petang minggu hadapan. Hello Hands to Heaven!!

DEFY TEMERLOH!


Starring: A.N.T.I, Gymnastic Skull Whistling, Pusher, Abnormal Psychology
& Attacking Business. 12 May 2012
@11 Cafe, Temerloh PAHANG 
(Producer: PATIN ROCK CITY)

REPORT (in Malay)

Aku Ci Chaan, mewakili Tools of the Trade nak ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir di episod pertama siri tour semenanjung kami, Temerloh!

Seharusnya dengan setiap tiket disertakan sekeping poster untuk tour ini yang tertera tarikh dan TEMERLOH sebagai first stop, tapi malangnya hari ini kedai cetak ditutup setengah hari. Jadi maafkan kami, kamu semua boleh redeem poster kemudian daripada siapa lagi, Dean Ttine ataupun di Patin Rock Shop. Kawan-kawan di sana, support Patin Rock Shop sebagai satu lagi saluran untuk budaya alternatif yang kita dukung selama ini.

Dan daripada show hari ini juga, kami dapat mengumpul RM100 (selepas menolak kos sewaan venue + peralatan muzik & soundsystem)

Kita juga ingin ucapkan terima kasih kepada band-band yang juga turut serta membantu Gymnastic Skull Whistling, A.N.T.I, Abnormal Psychology (jumpa lagi!), Pusher, Attacking Business dan Butcher Bastard.

Dan tok lupe kepada Dean Ttine, juge geng-geng PRC syndicalist kerane susoh payoh nok anjur show ni. Sumpoh aok seme hensem (kecuali Fairul Belengu). Terime kasih banyok ye.

PATIN TEMPOYOK ROCK CITY POK'FUCKING RULES.
Tabik hormat.

Seterusnya, Shah Alam.
Ahad malam minggu hadapan. Hello Verructer!!